Setelah habis berpantang, pasti ramai ibu-ibu yang risau dengan penyusuan bayi-bayi mereka. Dan seboleh-bolehnya anda tetap ingin menyusukan sendiri bayi anda dengan susu ibu kan?
Bagi ibu-ibu yang bekerja jadual ini mungkin dapat membantu agar jadual pengepaman susu adalah teratur dan berjalan lancar untuk mengelakkan bengkak susu dan stok EBM yang mencukupi. Ibu-ibu juga dapat merancang jadual keesokannya melalui Jadual “pumping” ibu bekerja ini.
Sebenarnya suhu tertentu yang menentukan jangka hayat susu perahan ibu.
Jadi PANDUAN PENYIMPANAN EBM ini mungkin membantu anda untuk membuat
susu perahan yang seterusnya dan memastikan EBM adalah mencukupi
TIP DAN CARA PENYIMPANAN
- Di Pejabat
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais
- Di rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.
Contohnya: Katakan anak anda 1 hari minum 4 botol susu perahan. Jika satu hari kita berjaya mengumpul 4 botol susu perahan semasa bekerja. Bila pulang ke rumah, simpan 3 botol susu perahan baru di bahagian bawah peti sejuk untuk kegunaan esok hari dan 1 botol lagi ke dalam bahagian beku. Sebagai ganti, keluarkan 1 botol EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan untuk kegunaan esok hari.
PERKARA YANG DILARANG
Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan .
Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
BIBI SUSANA BT SUGANDI
♥ Fb:bibi suzanne fb Page: Mommy's Secret Supplements
0 comments:
Post a Comment