Panduan Menambah Susu Ibu

Sering kita terdengar para ibu yang baru beberapa hari melahirkan bayi akan mengadu masalah yang susu mereka telah kering atau susu mereka tak banyak atau pun bayi tak puas menyusu.

Dan semestinya para ibu akan berasa kecewa kerana tidak dapat menyusukan anak mereka. Apabila didapati susu ibu semakin berkurang dan akhirnya mengering, kebanyakan ibu akan mengmbil keputusan untuk memberi susu formula kepada bayi mereka.

Ok, di sini saya ingin kongsikan beberapa tips atau panduan bagaimana para ibu boleh meningkatkan penghasilan susu ibu.

1. Kerap menyusukan bayi. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.

2. Amalan tradisi iaitu dengan  mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.

 3.Ibu harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,

4.  Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

5. Amalkan diet yang sihat dan mengandungi banyak protein. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.

6. Jangan merokok,elakkan mengambil pil perancang , elakkan minuman berkafein dan elakkan stress.

7.  Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

8.  Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.

 (*Thank You to: Blog PaMa, bayi-ibu.com, yourfabulousmama.com)

Perkongsian dari blog sayamahusihat.com

Doa untuk menambahkan susu:
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku 
AMIN
*Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

  • Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
  • Surah Yasin ayat 72-73
  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

CADANGAN SUPPLEMEN UNTUK MENAMBAH PENGHASILAN SUSU DAN SETERUSNYA MEMEKATKAN SUSU IBU

 
Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

BIBI SUSANA BT SUGANDI
♥ sms/whatsApp: 014-6963990
♥ Emel : adeliasusana@gmail.com atau susanasugandi@yahoo.com
♥ Fb:bibi suzanne  fb Page: Mommy's Secret Supplements





0 comments:

Post a Comment